Wednesday, March 10, 2010

Rawatan Sakit..Untung Besar!!!



Beruntung jadi anggota perkhidmatan awam. Kebajikan pekerja dijaga dengan baik oleh Kerajaan. Selepas Pelan Laluan Kerjaya diumumkan oleh PM, ada lagi yang menarik diumumkan.

Bayaran wad ketika mendapatkan rawatan di hospital kerajaan akan dimansuhkan berkuat kuasa pada 1 April ini. Pemansuhan itu turut melibatkan anggota keluarga dan ibu bapa mereka. Bagi pesara pula, ia hanya tertakluk kepada penerima pencen iaitu isteri serta anak-anak dan tidak melibatkan ibu bapa. Memang Untung Besar!

Oleh itu, rajin-rajinlah bekerja menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kerana pelbagai kemudahan telah disediakan oleh kerajaan kepada semua anggota perkhidmatan awam dan juga pesara.

No comments:

Post a Comment