Wednesday, March 10, 2010

Mansuh Bayaran Wad?

KUALA LUMPUR 10 Mac – Kerajaan mengumumkan akan memansuhkan bayaran wad terhadap kakitangan dan pesara perkhidmatan awam yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan berkuat kuasa pada 1 April ini.

Pertemuan dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam berkata, pemansuhan itu turut melibatkan anggota keluarga dan ibu bapa mereka. Bagi pesara kerajaan pula, ia hanya tertakluk kepada penerima pencen iaitu isteri serta anak-anak dan tidak termasuk ibu bapa.

"Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam akan diedarkan kepada semua kakitangan termasuk kakitangan perkhidmatan awam negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, seramai 1,253,026 penjawat awam yang sedang berkhidmat dan 528,583 pesara memperolehi manfaat hasil pengumuman tersebut.

No comments:

Post a Comment