Tuesday, March 9, 2010

Pelan Lauan Kerjaya

Semalam, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kajian dan pelan penambahbaikan laluan kerjaya membabitkan peluang kenaikan pangkat pegawai perubatan, pergigian dan farmasi di Kementerian Kesihatan serta pensyarah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan perguruan.

Malah, Perdana Menteri turut mengarahkan kajian komprehensif dilakukan terhadap penggunaan sistem 'pool' yang dianggap sebagai alat tindakan pentadbiran bersifat menghukum penjawat awam. Beliau sudah mengarahkan satu kajian komprehensif dilakukan supaya elemen keadilan asasi, iaitu hak untuk didengar dan dinilai secara berkecuali perlu dijadikan sebagai sebahagian daripada prosedur.

ini menunjukkan bahawa Perdana Menteri amat peka terhadap pembangunan kerjaya penjawat-penjawat awam.Jadi kepada semua penjawat awam, marilah kita bersama-sama mengorak langkah untuk bekerja dengan lebih tekun, berdisiplin, jujur dan amanah untuk memajukan negara.

No comments:

Post a Comment