Wednesday, March 10, 2010

Bahaya Lintah...



Kasihan..seorang pelajar perempuan berusia 10 tahun meninggal dunia
apabila mengalami pendarahan dalaman yang teruk akibat dimasuki lintah diduburnya.

Apa yang menyedihkan di sini ialah... menurut bapa mangsa tersebut, mangsa telah dibawa ke tiga buah hospital dan akhirnya menemui ajalnya. Sama-samalah kita berdoa semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah

apa-apa pun kepada Ibu-bapa di luar sana, awasilah pergerakkan anak-anak anda supaya tidak bermain di kawasan yang berbahaya dan juga tidak terjebak dengan lintah darat!

Mansuh Bayaran Wad?

KUALA LUMPUR 10 Mac – Kerajaan mengumumkan akan memansuhkan bayaran wad terhadap kakitangan dan pesara perkhidmatan awam yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan berkuat kuasa pada 1 April ini.

Pertemuan dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam berkata, pemansuhan itu turut melibatkan anggota keluarga dan ibu bapa mereka. Bagi pesara kerajaan pula, ia hanya tertakluk kepada penerima pencen iaitu isteri serta anak-anak dan tidak termasuk ibu bapa.

"Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam akan diedarkan kepada semua kakitangan termasuk kakitangan perkhidmatan awam negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, seramai 1,253,026 penjawat awam yang sedang berkhidmat dan 528,583 pesara memperolehi manfaat hasil pengumuman tersebut.

Rawatan Sakit..Untung Besar!!!



Beruntung jadi anggota perkhidmatan awam. Kebajikan pekerja dijaga dengan baik oleh Kerajaan. Selepas Pelan Laluan Kerjaya diumumkan oleh PM, ada lagi yang menarik diumumkan.

Bayaran wad ketika mendapatkan rawatan di hospital kerajaan akan dimansuhkan berkuat kuasa pada 1 April ini. Pemansuhan itu turut melibatkan anggota keluarga dan ibu bapa mereka. Bagi pesara pula, ia hanya tertakluk kepada penerima pencen iaitu isteri serta anak-anak dan tidak melibatkan ibu bapa. Memang Untung Besar!

Oleh itu, rajin-rajinlah bekerja menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kerana pelbagai kemudahan telah disediakan oleh kerajaan kepada semua anggota perkhidmatan awam dan juga pesara.

Anda Stress???

Stres diistilahkan daripada tekanan atau desakan. Stres juga bermaksud bebanan, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kemurungan dan hilang daya.

Berikut adalah beberapa langkah yang disediakan untuk rujukan anda semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menguruskan dan mengurangkan stres yang anda hadapi

(a)Belajar untuk berkata ‘tidak’- Ketahui batas anda. Samada berkaitan dengan peribadi ataupun kerjaya anda, elakkan dariapda menerima tanggungjawab tambahan kerana mengambil lebih daripada kemampuan akan membuatkan anda lebih terekan.

(b) Elakkan individu yang memberi tekanan- Sekiranya seseorang itu secara berterusan menyebabkan tekanan dalam kehidupan anda dan anda tidak dapat mengelak daripadanya, maka hadkan masa yang anda luangkan bersamanya dan akhirilah hubungan anda dengannya.

(c) Kawal Persekitaran Anda- Sekiranya berita di televisyen petang itu membuatkan anda risau, tutupkan sahaja ia. Sekiranya kesesakan lalulintas memberikan tekanan kepada anda, bawalah bekalan makanan kegemaran anda bersama. Sekiranya anda tidak suka membeli belah dalam kesesakan, anda mempunyai pilihan untuk online shopping.

(d) Elakkan perbincangan panas – Sekiranya anda mudah naik marah terhadap isu berkaitan politik atau agama, hentikan sahaja perbincangan mengenainya. Sekiranya juga isu tersebut tercetus kembali bersama dengan orang yang sama, berhentilah daripada membincangkannya lagi dan mintalah diri.

(e) Kurangkan senarai tugas anda – Semak kembali jadual anda, tanggungjawab dan tugasan harian. Sekiranya anda mendapati ianya terlalu banyak, bezakan pula antara ‘harus’ ataupun ’mesti’. Letakkan tugas yang tidak berapa pentingitu ke tempat yang paling bawah ataupun padam terus secara keseluruhannya.

Tuesday, March 9, 2010

Cheese Cake! nyam..nyam..





Bahan-bahan

2 ketul cream cheese 250gram
1 tin susu pekat manis
2 biji telur
1 sudu tepung gandum

Cara-cara

Tapak(base)
1. Biskut oreo dihancurkan
2. Satu cawan majerin yang dicarikan.. gaul sebati n tekan kat dasar loyang as tapak atau swiss roll..potong dan susun dalam loyang..

Topping
3. Biarkan chesse lembut dgn suhu bilik..kemudian pukul(leh guna mixer or blender)
4. masukkan susu..dan pukul lagi
5.dah sebati..masukkan telur sikit2..
6. masukkan tepung..
7. klu suka..leh masukkan coklat cip@ coklat rice..
8.tuangkan dalam loyang berisi biskut@kek tadi..utk hiasan boleh laa taburkan kepingan badam atau swirl kan coklat cair kat atas..
7.sedia utk di bakar...lebih kurang 45 minit..tapi cucuklaa ngan cake tester or lidi utk pastikan dia dah masak..(dah tak melekat kat lidi tu masak dahlaa)

Pelan Lauan Kerjaya

Semalam, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kajian dan pelan penambahbaikan laluan kerjaya membabitkan peluang kenaikan pangkat pegawai perubatan, pergigian dan farmasi di Kementerian Kesihatan serta pensyarah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan perguruan.

Malah, Perdana Menteri turut mengarahkan kajian komprehensif dilakukan terhadap penggunaan sistem 'pool' yang dianggap sebagai alat tindakan pentadbiran bersifat menghukum penjawat awam. Beliau sudah mengarahkan satu kajian komprehensif dilakukan supaya elemen keadilan asasi, iaitu hak untuk didengar dan dinilai secara berkecuali perlu dijadikan sebagai sebahagian daripada prosedur.

ini menunjukkan bahawa Perdana Menteri amat peka terhadap pembangunan kerjaya penjawat-penjawat awam.Jadi kepada semua penjawat awam, marilah kita bersama-sama mengorak langkah untuk bekerja dengan lebih tekun, berdisiplin, jujur dan amanah untuk memajukan negara.

Hey Ladies..Rossa